" Cintai kekasihmu dengan sekadarnya saja, siapa tahu nantinya ia akan jadi musuhmu. dan bencilah musuhmu sekadarnya saja, siapa tahu nantinya akan jadi kekasihmu (Ali bin Abi Thalib)".
J O M ~ b a c a =)

Wednesday, 15 May 2013

CinTa IsLaMiK ^.^

Assalamualaikum ... Annyong !! 。◕‿◕。


Hari ini ana nk berkongsi satu topic yang agak tip dan top .. 
~~~ hoho ~~~

Pelbagai situasi yang ana alami menjadi faktor yang "menolak" ana untuk membincangkan ia di dalam blog ana yg tidak seberapa ini .. 

" cinta Islamik " 

CINTA ?? Apakah itu ?? Mengapa harus ada cinta ?? 
Itulah dia, cinta yang fitrah untuk semua insan .. 

Semua orang ada perasaan ... cinta , suka , duka , sedih .. semua itu lumrah .. tetapi kita sebagai insan yang mempunyai akal pasti boleh fikir dan dapat membezakan mana yang baik dan buruk. 
Berbalik kepada topik ana, cinta islamik itu tidak salah tetapi janganlah pula "terlalu Islamik" :: contoh situasi :: 

Sepasang kekasih yang sudah "bertunang", akibat dari terlalu Islamik, mereka terpaksa "putus tunang" kerana salah faham antara mereka.. mereka tidak boleh berhubung didalam "fon" untuk membincangkan tentang rancangan perkahwinannya kerana takut berlaku "ikhtilat"(pergaulan laki dan perempuan) disitu .. 
"In the nutshell", jangan terlalu Islamik. Jaga Maruah Jaga Allah itu sudah cukup .. 

Cinta Islamik , cinta yang diredhai Allah SWT , In Shaa Allah .. Tetapi fokusnya , sebelum kita jatuh cinta. kenallah sebaiknya siapa yang kita cinta, dimana asal usulnya, dan bagaimanakah sifatnya .. semua itu harus dititik beratkan kerana cinta itu suci dan suatu nikmat yang Allah berikan dan janganlah pula kita mensia-siakannya.. 

Mari kita mendalami apakah itu " CINTA ISLAMIK " =)
Cinta Islamik itu caranya agak "simple but sweet" hehe , 
  • dimana kita apabila berjumpa/keluar "date", si wanita membawa mahramnya agar tiada yang ke-3 ^^
  • tidak berpegangan tangan
  • ingat " kita masih punya jarak " - tidak terlalu rapat dengan pasangan apabila berduaan
  • sentiasa berdoa kepada Illahi yang telah memberi kebahagian dan semoga kekal selamanya
  • bersyukur dan mengajak pasangan agar terus mengingati ALLAH, contohnya :: mengajaknya solat jemaah :: 
  • ingat konsep ini :: sekiranya benar ini cinta, kita mesti ingin bersamanya hingga ke syurga 
  • cepatkan pernikahan 
  • berusaha , sedar dan faham :: berusaha mencari cinta yang sebenar , sedar akan diri sendiri dan pasangan dan faham akan konsep "perkahwinan Islam"


Cinta Islamik ini seharusnya diterapkan didalam diri kita terutama insan yang bergelar ISLAM .. ini kerana, cinta islamik dapat mengelakkan berlakunya "maksiat" seperti seks bebas , buang anak dan sebagainya..
Ana berharap, cinta Islamik ini diamalkan oleh remaja-remaja diluar sana .. ana juga mempunyai perasaan cinta .. tetapi cinta terhadap Illahi itu yang utama.. 
Akhir kata dan nasihat dari ana 

::jangan jadikan cinta itu satu dosa:: 

jagalah batasan , jagalah iman ..

In Shaa Allah , nasihat untuk kalian dan nasihat untuk diri ana sebagai insan yang lemah dan sering alpa (manusia biasa) 

sekian, wassalam ^.^ Alhamdulillah .... 
。◕‿◕。

No comments:

Post a Comment