" Cintai kekasihmu dengan sekadarnya saja, siapa tahu nantinya ia akan jadi musuhmu. dan bencilah musuhmu sekadarnya saja, siapa tahu nantinya akan jadi kekasihmu (Ali bin Abi Thalib)".
J O M ~ b a c a =)

Monday, 20 May 2013

oH ME ! --^.^--

Assalamualaikum .. AnnYoNg !! 。◕‿◕

Oh Me ? whY Me ? of course ! 

Ana ada cita-cita dan impian.. kalian pula bagaimana? 

Ape kata kalian bayangkan sekejap impian dan cita-cita kalian .. bayangkan apabila ia benar-benar mnjadi nyata .. 
mesti seronok .. kan.. kan.. hehe 

tetapi , kadang2 ape yang kita impikan itu sukar mnjadi knyataan .. kerana Allah SWT tahu ape yang terbaik untuk kita .. yang penting dalam hidup ini kita harus usaha, istiqamah dan tawakal .. in Shaa Allah , mohon dipermudahkan dan diMakbulkan .. 

Manusia yang menang adalah manusia yang sentiasa bangkit daripada kegagalan dan tidak jemu untuk berusaha..


:: cita-cita dan impian ::

Cita-cita dan impian bermula dengan keinginan dalam diri yang tidak dibataskan oleh kekurangan atau kelemahan diri. 
Maksud ana, jika kalian mahu mencapai sesuatu yang hebat, kalian perlu ketepikan semua halangan dan yakin bahawa kalian boleh mencapai apa sahaja dengan izin Allah. Setelah kalian ketepikan semua halangan ini, fikirkan dengan tenang, apa yang benar-benar kalian ingin capai dalam hidup .. 
Satu perkara yang biasa ana dengar, malah ia juga berlaku pada diri ana sekarang .. kita mungkin kata bahawa kita tidak tahu apa yang mahu dicapai. Kita tidak tahu nak jadi apa?? Kita tak tahu apa yang patut kita lakukan di masa akan datang?? Tidak mengapa, itu adalah normal. Kalian mungkin tidak dapat menjawab soalan ini dengan serta merta.
:: Caranya ialah ::
Berfikir tentang soalan :: Apa yang benar-benar ingin kita capai dalam hidup kita?
Apabila kita mula berfikir, minda kita akan membantu kita mencari jawapannya. Minda kita akan menjadi lebih cergas dalam mencari jawapan yang kita perlukan. kita akan mulai sedar akan peluang-peluang yang ada disekeliling anda...
:: Jangan risau jika kalian lambat mendapat jawapannya. ::
Teruskan berfikir. Walaupun jawapan itu mengambil masa yang lama untuk sampai kepada kalian, ia pasti akan sampai juga……….. :)
::Impianku:: 
Ana berharap sesgt ana menjadi seorang pendidik iaitu pensyarah. Ianya bukan mudah untuk dicapai.. tetapi dgn usaha, In shaa Allah .. sekarang ana masih menuntut di Matrikulasi Melaka.. 
:: harapan :: 
berjaya sambung belajar di UPSI, 
In Shaa Allah .. 

Ana doakan kita semua berjaya memiliki impian yg diciptakan.. jika impian itu masih belum digapai, jangan berputus asa ! oke >.<


00orite ,, PubLisH now ! ^.^








No comments:

Post a Comment