" Life is full of happiness and tears; be strong and have faith by:Kareena Kapoor Khan".

Thursday 5 December 2013

Pencetus Ummah .... " Dunia Ku .. DakWah Ku " =)

Assalamualaikum ... 

Pencetus Ummah. Duniaku Dakwahku!



Alhamdulillah ...sudah 3 minggu PENCETUS UMMAH berlangsung .. 
Siapa Follow tengok program ini ?? angkat satu jari telunjuk .. hehe 
Deabak ! alhamdulillah .. kepada sesiapa yg follow .. teruskan menonton dan support dakwah Islam agar hidup aman sejahtera .. In shaa Allah .. 

Banyak perkara / isu yg dibincangkan dan ia boleh dijadikan manfaat dalam hidup kita .. 
malah dengan soalan-soalan cepumas yg diselitkan dapat membuka minda Ummah seperti kita-kita ini ..
" saya daie bukan Mufti " benar Ya Akhi PU Rahmat =)
btw, beliau adalah senior ana di KMM batch 2012/2013.. bangga melihat / mndengar ceramah beliau di Oasis .. Maklum lah selama ini hnya dgr DI SURAU KMM a.k.a GeNg SURAU >.<

Semua org beranggapan bahawa tak sedikit sebnyk menonton " TV " boleh mmberi kesan terhadap seseorg .. because of that, Ana minat dgn program yg sebegini ... kerana .. bagi ana .. mendengar prkara yg +VE dapat meningkatkn agi nilai +ve a.k.a charge yg baik2 yg berada didlm tubuh kita .. Ana minat mndengar pandangan dan idea org lain ... selanjutnya ... ana dapat meningkatkn motivasi diri ... itu kan lebih baik ..
" Menjadi Yang Terbaik Antara Yang Terbaik " hehehe...

In the NUtshell ,,, ana syorkan kepada semua pembaca blog ... hobi membaca anda dah bagus tuu^_^ selain membaca .. mendengar ceramah/syarahan juga baik .. hehe.. antara langkah yg proaktif , meh lee tgok "Pencetus Ummah" at Astro Oasis dan jgn lupa Follow2 ::


Info :: Rancangan terbitan Astro Oasis terbaru ` Pencetus Ummah' bakal memulakan siarannya pada 21 November 2013 di saluran 106 dan tayangan serentak di Maya HD saluran 135.

Astro Oasis telah menumumkan 12 peserta Pencetus ummah yang terpilih dan mereka terdiri daripada Attan Thowi Yusof, 31 dari Kedah, Fakhrul Islam Md Zain, 24, dari Melaka, Mohd Fakhrurrazzi Mohd Hanapi, 29, dari Selangor, Muhammad Hafiz Mohd Haneefa, 32, juga dari Selangor, Mohd Hafidz Mohd Zawawi, 27, Kelantan, Hishammuddin Iberahim, 35 dari Kedah, Izzat Fathi Hisham, 24, Perak, Shahrul Hamid M.P.H Seeni Md, 38 dari Pulau Pinang, Mohd Sufian Mohd Isa, 28, Selangor, Mohd Zainudin Mohamed Zaini, 32, Perak, Salman Maslori, 31 Kuala Lumpur, Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan, 20 juga dari Kuala Lumpur.

Barisan Murabbi (fasilitator) pula terdiri daripada Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, Ustaz Zulkefli Hamat dan Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Razak juga pengacara ustaz Dr. Ridhuan Tee Abdullah.

Pencetus Ummah merupakan sebuah program realiti islamik yang akan membawa para penonton menyelami situasi bagaimana menjadi pendakwah yang berkesan. Bertemakan `Duniaku Dakwahku' pelbagai cara kreatif yang tidak disangka ini boleh disimbolkan sebagai `Duniaku; dimana para peserta program berusaha menggunakan pelbagai platform yang ada untuk membawa mesej Islam dan dakwah kepada manusia secara keseluruhan ataupun tertentu.

Juara Pencetus Ummah bakal memenangi hadiah utama iaitu wang tunai RM50,000 dan sebuah kereta Toyota Prius C berharga RM100,000. Naib juara akan memenangi wang tunai RM30,000 manakala tempat ketiga dan keempat membawa pulang saguhati sebanyak RM10,000 seorang.
sekian dari ana ... 
Assalamualaikum ..
publish now !

No comments:

Post a Comment